Tolak Ansur Missouri
Tolak Ansur Missouri

Tolak Ansur Missouri

Tolak Ansur Missouri atau Kompromi Missouri adalah suatu perundangan persekutuan Amerika Syarikat yang digubal bagi mengimbangi kehendak berkaitan perhambaan di antara negeri-negeri utara yang menolaknya dan negeri-negeri selatan yang ingin memperluaskannya. Undang-undang ini meletakkan Missouri sebagai sebuah negeri hamba, Maine sebagai negeri bebas dan mengisytiharkan suatu dasar yang melarang perhambaan di tanah-tanah Pembelian Louisiana yang tinggal di utara selarian 36°30′.[1] Kongres Amerika Syarikat ke-16 meluluskan undang-undang tersebut pada 3 Mac 1820 dan Presiden James Monroe menandatanganinya pada 6 Mac tahun yang sama.[1][2]Awalnya pada Februari 1819, anggota Dewan Perwakilan dari New York, James Tallmadge Jr. (Demokratik–Republikan) telah mengusulkan dua pindaan terhadap permintaan Missouri mengenai taraf negeri dan ini termasuklah sekataan berkenaan perhambaan. Penduduk Selatan membantah sebarang rang undang-undang yang mengenakan sekatan persekutuan ke atas perhambaan dan percaya bahawa ia adalah isu negeri, sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Walau bagaimanapun, dengan Senat berpecah sama rata pada pembukaan perbahasan, kedua-dua bahagian memiliki 11 negeri; kemasukan Missouri sebagai sebuah negeri hamba akan memberi kelebihan kepada Selatan. Pengkritik Utara termasuklah Kepersekutuan dan Demokratik–Republikan membantah perluasan perhambaan ke wilayah Pembelian Louisiana atas ketidaksamaan Perlembagaan bagi peraturan tiga perlima, memberikan Selatan perwakilan dalam pemerintahan persekutuan, yang diperoleh daripada populasi hamba negeri.

Rujukan

WikiPedia: Tolak Ansur Missouri http://www.americanheritage.com/content/missouri-s... http://edsitement.neh.gov/lesson-plan/early-threat... //doi.org/10.1093%2Fjahist%2Fjaz002 //doi.org/10.1111%2Fj.1529-921X.2004.00105.x https://books.google.com/books?id=0QNrZoAgGAsC&q=i... https://books.google.com/books?id=SjQOAAAAIAAJ&q=j... https://books.google.com/books?id=gppoT8A77-UC https://books.google.com/books?id=lPR28UNIXgEC&q=%... https://books.google.com/books?id=sYV-YBZ-VZ8C https://books.google.com/books?id=voVxAAAAMAAJ